Blogger Widgets

Thursday 29 December 2011

Jom Ke Bukit Broga

Pada tarikh 17 dan 18 Disember 2011, iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, Ikatan Mahasiswa/ Mahasiswi USM (IKMAR), telah menganjurkan aktiviti yang dinamakan "Jom Ke Bukit Broga" bertempat di Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Aktiviti yang bertemakan "Release Tension" ini berkonsepkan aktiviti luar sebelum berakhirnya semester 2011/2012.

Wednesday 14 December 2011

Penasihat Utama IKMAR Menang Anugerah

Detik-detik yang membanggakan buat Prof Madya Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim apabila beliau telah dinobatkan sebagai pemenang utama  kategori individu 18 tahun ke atas sempena Hari Harta Intelek Negara 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau dari Pusat Pengajian Sains Kimia merupakan penasihat utama IKMAR, telah membawa pulang piala, wang tunai sebanyak RM 10,000 beserta dengan sijil penghargaan.

Thursday 17 November 2011

Rombongan 'sireh pulang ke ganggang'

Cuti pertengahan semester bertambah meriah  dengan  hari raya aidiladha yang bakal berkunjung tiba. Oleh itu, IKMAR telah menyediakan perkhidmatan menjual tiket bas untuk pulang ke Johor pada hari Jumaat, 4 November yang lalu. Pada pukul 8 malam ketika cuaca hujan gerimis , para penumpang yang terdiri dari kalangan pelajar mula berkumpul dan mendaftar nama di padang kawad sebelum bas tiba. Keadaan di sana agak hingar bingar kerana terdapat pelajar dari negeri lain yang turut menunggu bas mereka sampai. Bas dua tingkat ‘Cyberjaya’ mula dipenuhi oleh pelajar pada pukul 8.45 malam dan diketuai oleh Naib Yang di Pertua-2, Siti Nurnabilah binti Khanafi. Kemudian tepat 9.30 malam bas mula bergerak meninggalkan USM.

Saturday 5 November 2011

Aktiviti IKMAR mendapat liputan oleh Berita Kampus USM

Pada Tarikh 31 Oktober 2011 yang lalu, Aktiviti Kenduri Anak Johor IKMAR USM telah menjadi salah satu artikel di Berita Kampus USM. Artikel yang bertajuk IKMAR perkenal nasi ambang telah menjadi pilihan artikel Berita Kampus pada minggu itu. Terima Kasih di ucapkan kepada wartawan dari pelajar-pelajar Komunikasi tahun 3 yang telah membuat liputan dan menyiarkan berita di dalam Berita Kampus. Ini sekaligus dapat mengenalkan konsep nasi ambang yang bertujuan memperkenalkan salah satu tradisi makanan Johor kepada mahasiswa dan mahasiswi USM.


Wednesday 2 November 2011

Lawatan Sambil Belajar


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seth telah mengadakan lawatan sambil belajar ke USM, Pulau Pinang pada bulan Oktober yang lalu. Lawatan mereka telah dikendalikan oleh IKMAR dengan dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti yang berkualiti dan bermanfaat.

Monday 24 October 2011

KENDURI ANAK JOHOR IKMAR USM

Pada tarikh 21 Oktober 2011 yang lalu, IKMAR telah menganjurkan satu aktiviti iaitu kenduri anak Johor, bertempat di Dewan Utama Desasiswa (DUD). Kenduri tersebut dilakukan bagi tujuan mengumpul dan mengeratkan silaturrahim.

Walaupun cuaca tidak begitu baik ketika aktiviti dijalankan tetapi kehadiran mahasiswa dan mahasiswi amat memberangsangkan.Hujan lebat tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk sampai tepat pada waktunya. Aktiviti telah berlangsung dari pukul 6 petang hingga 10.30 malam.

Thursday 25 August 2011

Selamat Menyambut Merdeka Raya.

Salam. Selamat Sejahtera semua.

Ramadhan bakal melabuhkan tirai barakahnya tidak lama lagi, hanya tinggal beberapa baki hari sahaja lagi sebelum syawal menjelma. Ketibaan bulan syawal adalah sebagai bulan kemenangan bagi umat islam didunia di atas kejayaan di dalam bulan ramadhan iaitu dapat mengawal diri daripada makan dan minum serta nafsu sharakah bermula di awal subuh sehingga terbenam matahari. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH S.W.T atas nikmat kurniaan-Nya.

Tuesday 9 August 2011

Selamat menyambut bulan ramadhan almubarak.

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kami daripada barisan penggerak IKMAR USM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK" kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Tunaikan kewajipan berpuasa bagi yang mampu berpuasa dan pastikan anda berjaya mencapai ibadah yang sempurna di dalamn bulan penuh barakah ini. Jangan puasa yang yok ok.=)



Thursday 28 July 2011

Sekapur Sireh YDP IKMAR sidang akademik 2011/2012.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam salam  1 Malaysia.

Alhamdulillah, Ikatan  Mahasiswa/I  Johor  Universiti  Sains  Malaysia  sidang  2011/2012  kembali  dengan  visi dan misi  yang  baru. Bagi  saya  dalam  menongkah  arus  pembangunan  universiti, IKMAR  merupakan  persatuan  anak-anak  negeri  yang  juga  tidak  ketinggalan  memainkan  peranan penting  dalam  merancakkan  perlaksanaan  dan  sumbangannya  kepada  pembangunan  universiti dalam aspek kelestarian .Sungguhpun begitu, barisan delegasi IKMAR pada kali ini bukan sahaja menekankan aspek kelestarian sahaja di dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan, malah akan menjadikan setiap satunya adalah mempunyai keistimewaan tersendiri dengan erti kata lain EKSLUSIF. Ekslusif ini menjadi satu keunikan untuk persatuan IKMAR lebih maju setapak kehadapan.

Perutusan Penasihat IKMAR sidang akademik 2011/2012.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam blog IKMAR sidang 2011/2012  ini.

IKMAR  merupakan  sebuah  persatuan  yang dianggotai oleh  mahasiswa dan mahasiswi  dari Johor  yang  sedang  mengikuti   pengajian  mereka  di Universiti  Sains  Malaysia  ini. Persatuan anak negeri Johor USM (IKMAR) sendiri manjadi wahana untuk pembangunan siswa di universiti ini. Pembangunan siswa yang diterapkan berteraskan konsep kelestarian iaitu menekankan cabang kepada pembangunan alam sekitar, sosial dan ekonomi.