Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam blog IKMAR sidang 2011/2012 ini.
IKMAR merupakan sebuah persatuan yang dianggotai oleh mahasiswa dan mahasiswi dari Johor yang sedang mengikuti pengajian mereka di Universiti Sains Malaysia ini. Persatuan anak negeri Johor USM (IKMAR) sendiri manjadi wahana untuk pembangunan siswa di universiti ini. Pembangunan siswa yang diterapkan berteraskan konsep kelestarian iaitu menekankan cabang kepada pembangunan alam sekitar, sosial dan ekonomi.
Persatuan IKMAR ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan anak-anak Johor yang sedang belajar di Universiti Sains Malaysia ini. Disamping itu, persatuan IKMAR juga ditubuhkan dengan tujuan untuk untuk menjadi salah sebuah persatuan yang terbaik di universiti ini dalam bahagian akademik, kerja-kerja sivil dan kerja-kerja sosial dan mahu dikenali sebagai sebuah persatuan yang terbaik didalam memberi nilai dan perkhidmatan kepada mahasiswa dan mahasiswi negeri Johor khususnya dan seluruh Universiti Sains Malaysia amnya. Oleh itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan didalam persatuan ini untuk mencapai visinya disamping menekankan aspek impak yang besar selepas setiap aktiviti yang dijalankan kerana pada pendapat saya, tidak kira sekecil atau sebesar mana aktiviti yang dijalankan, namun impak yang besar perlu dihasilkan supaya ia dapat menjana mahasiswa minda kelas pertama pada masa akan datang.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut memberikan sokongan dan sumbangan untuk persatuan IKMAR ini. Saya yakin persatuan ini akan menjadi pencetus kepada pembangunan mahasiswa mahasiswi dalam pelbagai aspek untuk mencapai mahasiswa glokal pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
“Muafakat itu berkat”
Prof. Madya Dr. Mohamad Nasir bin Mohamad Ibrahim,
Penasihat Ikatan Mahasiswa/i Johor USM (IKMAR),
Sidang akademik 2011/2012,
Universiti Sains Malaysia.
0 comments:
Post a Comment