Blogger Widgets

Thursday 15 November 2012

INTERAKSI & KENDURI ANAK JOHOR USM



                 Pada tarikh 3 November 2012 yang lalu, IKMAR telah menganjurkan satu program iaitu Interaksi & Kenduri Anak Johor, bertempat di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA). Kenduri tersebut dilakukan bagi tujuan mengumpulkan anak Johor dan mengeratkan silaturrahim.Pengarah projek ialah Saudara Mohammad Nazuhan Omar.

          Walaupun cuaca tidak begitu baik ketika aktiviti dijalankan tetapi kehadiran mahasiswa dan mahasiswi amat memberangsangkan.Hujan lebat tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk sampai tepat pada waktunya. Aktiviti telah berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam.



           Aktiviti pagi iaitu Interaksi Anak Johor dimulakan dengan  senamrobik yang dikendalikan Saudara Fazreen (Boboi) bertempat di Taman Rekreasi Universiti (TRU) bersebelahan Kediaman Desasiswa Restu. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan taklimat pendakian bukit TRU oleh En Saiful, Pegawai Taman Rekreasi Universiti (TRU). Pendakian dimulakan pada pukul 10.30 pagi dengan penyertaan seramai 50 orang pelajar.

        Pada sebelah malam pula, aktiviti ini telah dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Saudara Aiman (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam USM), iaitu pelajar jurusan Komunikasi, tahun tiga.  Sementara menunggu waktu Isyak, tazkirah telah diberikan bagi memberi manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi. Aktiviti diteruskan dengan bacaan yasin beramai-ramai. Seterusnya solat Isyak berjemaah dilakukan sebelum aktviti kemuncak berlangsung.


           Majlis dimulakan nyanyian lagu negeri Johor dan lagu Menara Ilmu. Ucapan oleh Saudara Nazuhan Omar, Pengarah projek Interaksi & Kenduri Anak Johor. Selepas itu, ucapan oleh Muhammad Ariff Jamal, YDP IKMAR. Acara diakhiri dengan ucapan penutup oleh ayahanda Prof. Madya Dr. Mohammad Nasir,Penasihat Utama IKMAR 2012/2013.

        Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan Delegasi Kempimpinan IKMAR 2012/2013 yang disampaikan oleh Penasihat Utama IKMAR,Prof. Madya Dr. Mohammad Nasir Mohamad Ibrahim yang terdiri daripada 58 orang.

        Tanpa melengahkan masa, menu utama iaitu nasi ambeng dihidangkan. Suasana harmoni diwujudkan apabila nasi ambeng dihidangkan di dalam dulang dan dikongsi beramai-ramai. Hidangan yang tidak kurang enaknya, otak-otak dan mee siput juga dihidangkan kepada semua peserta. Lebih kurang 150 orang peserta menyertai program tersebut.Majlis tamat pada pukul 11 malam.

Antara gambar-gambar ketika aktiviti dilangsungkan:







"PEWARIS KEGEMILANGAN ANJUNG SELATAN"


0 comments:

Post a Comment