Blogger Widgets

Thursday 25 August 2011

Selamat Menyambut Merdeka Raya.

Salam. Selamat Sejahtera semua.

Ramadhan bakal melabuhkan tirai barakahnya tidak lama lagi, hanya tinggal beberapa baki hari sahaja lagi sebelum syawal menjelma. Ketibaan bulan syawal adalah sebagai bulan kemenangan bagi umat islam didunia di atas kejayaan di dalam bulan ramadhan iaitu dapat mengawal diri daripada makan dan minum serta nafsu sharakah bermula di awal subuh sehingga terbenam matahari. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH S.W.T atas nikmat kurniaan-Nya.



Dan, dalam masa yang sama di Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 0gos 2011 iaitu ia masih di awal bulan syawal. Jadi, kami di sini ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tidak lupa mengibarkan Jalur Gemilang sebagai salah satu cara untuk  kita menunjukkan sikap SAYANGI MALAYSIA Hari Kemerdekaan nanti. Kemerdekaan bermaksud bebas daripada dibelenggu oleh penjajah. Namun pada era globalisasi ini, negara kita tidak dijajah lagi oleh negara-negara besar lain, tetapi sedar atau tidak kalian semua, kita masih dijajah lagi tetapi di dalam bentuk psikologi dan minda kita. Oleh itu, cubalah untuk berfikir cara yang terbaik untuk kita mengubah PERSEPSI diri kita supaya penjajah era baru ini tidak terus menular kedalam fikiran setiap generasi pada masa kini.

Dan sebagai Mahasiswa pula, mainkan peranan anda sebaik mungkin di dalam negara kerana sebenarnya mahasiswa inilah yang mencorakkan pembangunan negara dalam pelbagai aspek termasok akhlak, sahsiah, akedemik, ekonomi dan sebagainya.

Dengan ini, IKMAR USM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA, 
maaf zahir & batin
dan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.

"Muafakat itu berkat"

0 comments:

Post a Comment