Blogger Widgets

Thursday 17 November 2011

Rombongan 'sireh pulang ke ganggang'

Cuti pertengahan semester bertambah meriah  dengan  hari raya aidiladha yang bakal berkunjung tiba. Oleh itu, IKMAR telah menyediakan perkhidmatan menjual tiket bas untuk pulang ke Johor pada hari Jumaat, 4 November yang lalu. Pada pukul 8 malam ketika cuaca hujan gerimis , para penumpang yang terdiri dari kalangan pelajar mula berkumpul dan mendaftar nama di padang kawad sebelum bas tiba. Keadaan di sana agak hingar bingar kerana terdapat pelajar dari negeri lain yang turut menunggu bas mereka sampai. Bas dua tingkat ‘Cyberjaya’ mula dipenuhi oleh pelajar pada pukul 8.45 malam dan diketuai oleh Naib Yang di Pertua-2, Siti Nurnabilah binti Khanafi. Kemudian tepat 9.30 malam bas mula bergerak meninggalkan USM.

Saturday 5 November 2011

Aktiviti IKMAR mendapat liputan oleh Berita Kampus USM

Pada Tarikh 31 Oktober 2011 yang lalu, Aktiviti Kenduri Anak Johor IKMAR USM telah menjadi salah satu artikel di Berita Kampus USM. Artikel yang bertajuk IKMAR perkenal nasi ambang telah menjadi pilihan artikel Berita Kampus pada minggu itu. Terima Kasih di ucapkan kepada wartawan dari pelajar-pelajar Komunikasi tahun 3 yang telah membuat liputan dan menyiarkan berita di dalam Berita Kampus. Ini sekaligus dapat mengenalkan konsep nasi ambang yang bertujuan memperkenalkan salah satu tradisi makanan Johor kepada mahasiswa dan mahasiswi USM.


Wednesday 2 November 2011

Lawatan Sambil Belajar


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seth telah mengadakan lawatan sambil belajar ke USM, Pulau Pinang pada bulan Oktober yang lalu. Lawatan mereka telah dikendalikan oleh IKMAR dengan dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti yang berkualiti dan bermanfaat.