Alhamdulillah, Ikatan Mahasiswa/I Johor Universiti Sains Malaysia sidang 2011/2012 kembali dengan visi dan misi yang baru. Bagi saya dalam menongkah arus pembangunan universiti, IKMAR merupakan persatuan anak-anak negeri yang juga tidak ketinggalan memainkan peranan penting dalam merancakkan perlaksanaan dan sumbangannya kepada pembangunan universiti dalam aspek kelestarian .Sungguhpun begitu, barisan delegasi IKMAR pada kali ini bukan sahaja menekankan aspek kelestarian sahaja di dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan, malah akan menjadikan setiap satunya adalah mempunyai keistimewaan tersendiri dengan erti kata lain EKSLUSIF. Ekslusif ini menjadi satu keunikan untuk persatuan IKMAR lebih maju setapak kehadapan.
Dalam kita mengejar visi dan misi dalam persatuan, kita seharusnya tidak lupa bahawa matlamat kita di universiti ini ialah untuk menambah ilmu dan sekaligus mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu, imbangan antara akademik dan ko-kurikulum ini dapat melahirkan mahasiswa yang unggul dan produktif. Minda kelas pertama harus menjadi 'trademark' kita dalam menongkah arus globalisasi untuk kejayaan akan datang. Kita sebagai BANGSA JOHOR tidak perlu gentar dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang kerana kita BANGSA berjaya, bangsa yang unggul kerana pada pandangan mata kasar saya, di setiap penjuru muka bumi ini, dimana letaknya dan dicampaknya anak Johor ini, ia akan menjadi pemimpin dan berjaya memimpin sesuatu perkara itu dengan hebat.
Akhir kata, doa dan harapan kepimpinan IKMAR sidang ini agar semua ahli terus bersama-sama persatuan ini dan juga universiti bagi menyokong misi, visi, dan aspirasi Universiti Sains Malaysia tercinta.
“ SALAM LEGASI IKMAR”
Mohamad Safiq bin Suhaimi
Yang Dipertua IKMAR,
Sidang akademik 2011/2012,
Universiti Sains Malaysia.
0 comments:
Post a Comment