Blogger Widgets

Thursday 17 November 2011

Rombongan 'sireh pulang ke ganggang'

Cuti pertengahan semester bertambah meriah  dengan  hari raya aidiladha yang bakal berkunjung tiba. Oleh itu, IKMAR telah menyediakan perkhidmatan menjual tiket bas untuk pulang ke Johor pada hari Jumaat, 4 November yang lalu. Pada pukul 8 malam ketika cuaca hujan gerimis , para penumpang yang terdiri dari kalangan pelajar mula berkumpul dan mendaftar nama di padang kawad sebelum bas tiba. Keadaan di sana agak hingar bingar kerana terdapat pelajar dari negeri lain yang turut menunggu bas mereka sampai. Bas dua tingkat ‘Cyberjaya’ mula dipenuhi oleh pelajar pada pukul 8.45 malam dan diketuai oleh Naib Yang di Pertua-2, Siti Nurnabilah binti Khanafi. Kemudian tepat 9.30 malam bas mula bergerak meninggalkan USM.

Suasana di dalam bas sepanjang perjalanan sangat meriah disebabkan seramai 41 orang pelajar USM memenuhi kerusi dan 12 orang awan yang turrt sama menuju ke negeri Johor tercinta. Keadaan trafik mulai sesak di jambatan Pulau Pinang sehingga ke Lebuh raya di Pahang dan beransur pulih di Kuala Lumpur sehingga tiba destinasi.
Bas menyusur keluar di lebuh raya Pagoh, Muar kerana penumpang yang ingin pulang ke Muar,  diturunkan dahulu di Perhentian Bas Muar. Kemudian diikuti oleh penumpang yang turun di Perhentian Bas Batu Pahat dan yang terakhir  Johor Bahru di Larkin sentral.
Sekitar jam 4 pagi bas menurunkan para penumpang di Muar. Selang satu jam setengah kemudian bas tiba di Batu Pahat dan pada 7.30 pagi pelajar selamat tiba di Larkin.

(balik kampung punya hal...duduk dalam tempat letak beg pun boleh.. ;P )



(wajah-wajah berseri anak perantauan)



(ketua rombongan cik kiah)



       (sanggup bermandikan hujan...)



(vroooommmmmm............)


Muafakat itu berkat :)


0 comments:

Post a Comment