Blogger Widgets

Wednesday 14 December 2011

Penasihat Utama IKMAR Menang Anugerah

Detik-detik yang membanggakan buat Prof Madya Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim apabila beliau telah dinobatkan sebagai pemenang utama  kategori individu 18 tahun ke atas sempena Hari Harta Intelek Negara 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau dari Pusat Pengajian Sains Kimia merupakan penasihat utama IKMAR, telah membawa pulang piala, wang tunai sebanyak RM 10,000 beserta dengan sijil penghargaan.


Prof Madya Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim telah mereka cipta kaedah kegunaan industri dalam Sains Kimia yang bertajuk “A Method for Preparing a Gelling and Agent for Drilling Mud and The Product Thereof.”
Reka cipta itu telah menggunakan sisa bahan buangan kelapa sawit yang berfungsi mempertingkatkan prestasi penggerudian telaga minyak dalam industri minyak dan gas.
Majlis khas tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kami, warga IKMAR mengucapkan sekalung tahniah buat beliau.



Muafakat itu berkat :)

0 comments:

Post a Comment