Blogger Widgets

Thursday 15 November 2012

GERBANG MENARA GADING IMPIAN BERSAMA PRA –U SMK DATO’ ONN

     Pada 8 - 11 November 2012, IKMAR bersama-sama Guru-guru SMK Dato' Onn telah menganjurkan Program Menara Gading Impian Bersama Pra-U SMK Dato' Onn. Seramai 36 orang pelajar tingkatan 6 bawah dan 4 orang guru pengiring telah bersama-sama menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk   mengenali dengan lebih dekat kehidupan di kampus  (life campus) sebelum menjejakkan kaki ke menara gading dan   mengembangkan potensi  daya kepimpinan serta keyakinan diri yang tinggi di kalangan pelajar. Di samping itu juga, program ini bertujuan  menanam dan memupuk daya ketahanan diri, semangat waja dalam diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan sehingga berjaya. Pengarah projek ialah Saudari Nurul Ashikin Abdul Halim. 

     Program selama 4 hari 3 malam ini, dimulakn dengan taklimat Pengenalan USM oleh Yang Dipertua Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR), Saudara Muhammad Ariff Jamal dan Sesi Motivasi oleh Cik Fauziah,Unit Kaunseling USM. Sesi motivasi ini bertujuan untuk menyungkil bakat,kemahiran dan minat pelajar agar mereka sedar akan keupayaan & potensi diri masing-masing.

    Kemudian, mereka dibawa melawat ke Perpustakaan Hamzah Sendut USM, Muzium Tenku Fauziah dan Galeri Arkeolgi sambil melihat persekitaran universiti. Pada sesi petang, pelajar tingkatan 6 bawah ini dan juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pra- U di isi dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 dan diteruskan dengan Sesi Bersama Fasilatator serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 2 pada sebelah malam.

     Sabtu bersamaan 9 November 2012, pelajar sekolah dan guru dibawa ' Round Island' melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Antaranya, Batu Feringghi, Padang Kota Lama, Botanical Garden, Chawrasta, Bukit Bendera, Rumah P.Ramlee dan Persiaran Gurney.

    Pada hari terakhir iaitu Ahad, 10 November 2012, program diteruskan dengan Perlawanan Futsal dan Ping Pong antara Warga SMK Dato' Onn melawan Warga IKMAR. Program diakhiri dengan Majlis Penutup di Guest House USM pada pukul 11 pagi.



Pengerusi MPP Pra-U & YDP IKMAR

Fasilatator-fasilatator
Pelajar Pra- U SMK Dato' Onn Batu Pahat





TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM!!!

1 comments:

ceritakusimerah said...

seronoknyaaa, macam nak pergi lagi jek usm :)

Post a Comment