Blogger Widgets

Pengenalan


IKATAN MAHASISWA/I JOHOR (IKMAR)

Ikatan Mahasiswa/I Johor (IKMAR) merupakan sebuah persatuan sah dan berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) Universiti Sains Malaysia.Mahasiswa dapat mempersiapkan diri untuk mengendalikan program-program besar yang dianjurkan semasa menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian berbekalkan pengalaman yang ada semasa dalam persatuan.Mahasiswa/i mendapat pendedahan untuk menceburi bidang kerjaya yang professional dan mencabar seiring dengan keperluan semasa yang memerlukan kemahiran dan kepakaran mengendalikan sesuatu projek.Dapat menyatukan semua mahasiswa/i yang datang dari Negeri Johor serta dapat mengekalkan ikatan silaturrahim sesama ahli walaupun sudah tamat pengajian di universiti ini.Kebajikan dalam kalangan ahli akan terjaga dari segi akademik dan sahsiah. Hal ini berikutan pemantauan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan lagi kualiti pencapaian dalam kalangan mahasiswa/i dari aspek akademik mahupun penampilan peribadi. 

 Alamat : Pejabat Sektor Pembangunan, Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar, Bangunan H21, Kompleks Cahaya Cahaya, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang. 

 No. Telefon : 04-653 2624/2154 Ext : 2624/2154 
Faks : 04 - 653 4895 
 Emel : ikmarusm@rocketmail.com 

 DASAR DAN PRINSIP PERSATUAN 

 Persatuan mengukuhkan dasar kekeluargaan dan keterbukaan terhadap ahli-ahli menunjukkan ikatan silaturahim yang erat dan mampan. 

 Prihatin dan terima pandangan bernas ahli-ahli demi memajukan diri dan persatuan agar demi kebaikan bersama. 

 Sentiasa amanah dan tulus dalam menjalankan tanggungjawab dan menjadi jambatan antara mahasiswa,universiti dan pemimpin Negara. 

 Kebajikan ahli-ahli persatuan sentiasa diambil berat dan terjamin. 

VISI

 Untuk menjadi salah sebuah persatuan yang terbaik di Universiti Sains Malaysia dalam bidang akademik, kokurikulum dan kerja-kerja sosial serta memberikan nilai dan perkhidmatan kepada mahasiswa- mahasiswi negeri Johor khususnya dan seluruh Universiti Sains Malaysia amnya. 

 MISI 

 Menjaga kebajikan dan berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan sesama anak-anak Johor serta memartabatkan warisan kebudayaan negeri Johor kepada seluruh warga USM amnya. 

 MATLAMAT 

 Melahirkan mahasiswa/i yang cemerlang dalam pelbagai aspek sama ada akademik, sahsiah dan juga kepimpinan. 

Menjadi pengantara pelajar Universiti Sains Malaysia dan juga pihak pentadbiran universiti. Memberikan peluang untuk mengendalikan program-program tertentu sebagai panduan dan pengalaman untuk menempuh alam kerjaya selepas tamat pengajian kelak. 

Menyempurnakan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan dan berwibawa selaras dengan motto “Kami Memimpin” .

0 comments:

Post a Comment