Blogger Widgets

Wednesday 2 November 2011

Lawatan Sambil Belajar


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seth telah mengadakan lawatan sambil belajar ke USM, Pulau Pinang pada bulan Oktober yang lalu. Lawatan mereka telah dikendalikan oleh IKMAR dengan dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti yang berkualiti dan bermanfaat.


Jumaat, 30 September 2011.
Pelajar-pelajar SMK Dato’ Seth telah berkumpul di sekolah tesebut dan bertolak ke Pulau Pinang pada pukul 9 malam. Mereka tiba di USM pada pukul 8 pagi, hari berikutnya.

Sabtu, 1 Oktober 2011.
Aktiviti pada pagi itu bermula pada pukul 9 pagi, iaitu sesi ‘ice-breaking’ bersama Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR). Sesi tersebut berakhir pada pukul 10.30 pagi dan diikuti dengan lawatan sekitar USM. Lawatan tersebut memberikan pelajar pendedahan mengenai kehidupan pelajar di kampus. Pada pukul 12 tengahari, pelajar-pelajar SMK Dato’ Seth diberikan masa untuk rehat dan makan tengahari. Seterusnya, pada pukul 2 petang, pelajar-pelajar diberikan taklimat peluang melanjutkan pelajaran ke USM. Taklimat tersebut benar-benar menambahkan pengetahuan pelajar. Pada pukul 5 petang, pelajar-pelajar diberikan ruang untuk rehat. Acara berikutnya bermula pada pukul 8 malam. Pelajar-pelajar sungguh bernasib baik kerana berpeluang mendengar ceramah motivasi bersama Presiden Majlis Belia Malaysia iaitu, Encik Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee. Pada pukul 11 malam, pelajar bersurai dan dibenarkan pulang ke bilik masing-masing.
Ahad, 2 Oktober 2011.
Pelajar-pelajar SMK Dato’ Seth telah ‘check-out’ pada pukul 8 pagi dan menuju ke Bukit Bendera serta bersiar-siar di sekitar pulau. Pada pukul 2 petang, pelajar-pelajar tersebut telah bertolak pulang ke Johor.  

Antara aktiviti yang dijalankan:











"Sepakat Membawa Berkat"

0 comments:

Post a Comment