Blogger Widgets

Monday 24 October 2011

KENDURI ANAK JOHOR IKMAR USM

Pada tarikh 21 Oktober 2011 yang lalu, IKMAR telah menganjurkan satu aktiviti iaitu kenduri anak Johor, bertempat di Dewan Utama Desasiswa (DUD). Kenduri tersebut dilakukan bagi tujuan mengumpul dan mengeratkan silaturrahim.

Walaupun cuaca tidak begitu baik ketika aktiviti dijalankan tetapi kehadiran mahasiswa dan mahasiswi amat memberangsangkan.Hujan lebat tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk sampai tepat pada waktunya. Aktiviti telah berlangsung dari pukul 6 petang hingga 10.30 malam.


Aktiviti ini telah dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Mohammad Faiz bin Omar, iaitu pelajar jurusan Komunikasi, tahun tiga. Selepas solat berjemaah dilakukan, aktiviti diteruskan dengan bacaan yasin beramai-ramai. Sementara menunggu waktu Isyak, tazkirah telah diberikan bagi memberi manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi. Seterusnya solat Isyak berjemaah dilakukan sebelum aktviti kemuncak berlangsung.

Kehadiran tetamu kehormat iaitu Tuan Haji Samsuddin bin Samudi, Pengarah Biro Tatanegara Negeri Johor telah memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. Tanpa melengahkan lagi masa, menu utama iaitu nasi ambeng dihidangkan. Suasana harmoni diwujudkan apabila nasi ambeng dihidangkan di dalam dulang dan dikongsi beramai-ramai.

Acara diteruskan dengan ucapan oleh Siti Hanisah binti Tugiman, Pengarah projek kenduri anak Johor. Selepas itu, ucapan oleh Mohamad Safiq bin Mohamad Suhaimi, YDP IKMAR. Acara diakhiri dengan ucapan penutup oleh Tuan Haji Samsuddin bin Samudi. Sebelum bersurai, semua tetamu diminta untuk menyanyikan lagu negeri Johor dan lagu Menara Ilmu.

Antara gambar-gambar ketika aktiviti dilangsungkan:








"Sepakat Membawa Berkat".........  ( :

0 comments:

Post a Comment