Blogger Widgets

Thursday 28 July 2011

Sekapur Sireh YDP IKMAR sidang akademik 2011/2012.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam salam  1 Malaysia.

Alhamdulillah, Ikatan  Mahasiswa/I  Johor  Universiti  Sains  Malaysia  sidang  2011/2012  kembali  dengan  visi dan misi  yang  baru. Bagi  saya  dalam  menongkah  arus  pembangunan  universiti, IKMAR  merupakan  persatuan  anak-anak  negeri  yang  juga  tidak  ketinggalan  memainkan  peranan penting  dalam  merancakkan  perlaksanaan  dan  sumbangannya  kepada  pembangunan  universiti dalam aspek kelestarian .Sungguhpun begitu, barisan delegasi IKMAR pada kali ini bukan sahaja menekankan aspek kelestarian sahaja di dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan, malah akan menjadikan setiap satunya adalah mempunyai keistimewaan tersendiri dengan erti kata lain EKSLUSIF. Ekslusif ini menjadi satu keunikan untuk persatuan IKMAR lebih maju setapak kehadapan.


Dalam  kita  mengejar  visi  dan  misi  dalam  persatuan,  kita  seharusnya  tidak  lupa  bahawa  matlamat  kita  di universiti  ini  ialah  untuk  menambah  ilmu  dan  sekaligus  mencatatkan  keputusan  yang  cemerlang  dalam  peperiksaan. Oleh  itu, imbangan  antara  akademik  dan  ko-kurikulum  ini  dapat  melahirkan  mahasiswa  yang  unggul  dan  produktif. Minda kelas pertama harus menjadi 'trademark' kita dalam menongkah arus globalisasi untuk kejayaan akan datang. Kita sebagai BANGSA JOHOR tidak perlu gentar dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang kerana kita BANGSA berjaya, bangsa yang unggul kerana pada pandangan mata kasar saya, di setiap penjuru muka bumi ini, dimana letaknya dan dicampaknya anak Johor ini, ia akan menjadi pemimpin dan berjaya memimpin sesuatu perkara itu dengan hebat.

Akhir  kata,  doa  dan  harapan  kepimpinan  IKMAR  sidang  ini  agar  semua  ahli  terus  bersama-sama  persatuan  ini  dan  juga  universiti  bagi  menyokong  misi, visi, dan  aspirasi  Universiti  Sains Malaysia tercinta.

“ SALAM LEGASI IKMAR”


Mohamad Safiq bin Suhaimi
Yang Dipertua IKMAR,
Sidang akademik 2011/2012,
Universiti Sains Malaysia.

0 comments:

Post a Comment