Blogger Widgets

Thursday, 15 November 2012

GERBANG MENARA GADING IMPIAN BERSAMA PRA –U SMK DATO’ ONN

     Pada 8 - 11 November 2012, IKMAR bersama-sama Guru-guru SMK Dato' Onn telah menganjurkan Program Menara Gading Impian Bersama Pra-U SMK Dato' Onn. Seramai 36 orang pelajar tingkatan 6 bawah dan 4 orang guru pengiring telah bersama-sama menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk   mengenali dengan lebih dekat kehidupan di kampus  (life campus) sebelum menjejakkan kaki ke menara gading dan   mengembangkan potensi  daya kepimpinan serta keyakinan diri yang tinggi di kalangan pelajar. Di samping itu juga, program ini bertujuan  menanam dan memupuk daya ketahanan diri, semangat waja dalam diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan sehingga berjaya. Pengarah projek ialah Saudari Nurul Ashikin Abdul Halim. 

     Program selama 4 hari 3 malam ini, dimulakn dengan taklimat Pengenalan USM oleh Yang Dipertua Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR), Saudara Muhammad Ariff Jamal dan Sesi Motivasi oleh Cik Fauziah,Unit Kaunseling USM. Sesi motivasi ini bertujuan untuk menyungkil bakat,kemahiran dan minat pelajar agar mereka sedar akan keupayaan & potensi diri masing-masing.

    Kemudian, mereka dibawa melawat ke Perpustakaan Hamzah Sendut USM, Muzium Tenku Fauziah dan Galeri Arkeolgi sambil melihat persekitaran universiti. Pada sesi petang, pelajar tingkatan 6 bawah ini dan juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pra- U di isi dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 dan diteruskan dengan Sesi Bersama Fasilatator serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 2 pada sebelah malam.

     Sabtu bersamaan 9 November 2012, pelajar sekolah dan guru dibawa ' Round Island' melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Antaranya, Batu Feringghi, Padang Kota Lama, Botanical Garden, Chawrasta, Bukit Bendera, Rumah P.Ramlee dan Persiaran Gurney.

    Pada hari terakhir iaitu Ahad, 10 November 2012, program diteruskan dengan Perlawanan Futsal dan Ping Pong antara Warga SMK Dato' Onn melawan Warga IKMAR. Program diakhiri dengan Majlis Penutup di Guest House USM pada pukul 11 pagi.



Pengerusi MPP Pra-U & YDP IKMAR

Fasilatator-fasilatator
Pelajar Pra- U SMK Dato' Onn Batu Pahat





TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM!!!

INTERAKSI & KENDURI ANAK JOHOR USM



                 Pada tarikh 3 November 2012 yang lalu, IKMAR telah menganjurkan satu program iaitu Interaksi & Kenduri Anak Johor, bertempat di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA). Kenduri tersebut dilakukan bagi tujuan mengumpulkan anak Johor dan mengeratkan silaturrahim.Pengarah projek ialah Saudara Mohammad Nazuhan Omar.

          Walaupun cuaca tidak begitu baik ketika aktiviti dijalankan tetapi kehadiran mahasiswa dan mahasiswi amat memberangsangkan.Hujan lebat tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk sampai tepat pada waktunya. Aktiviti telah berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam.

Sunday, 21 October 2012

PROMOSI INTERAKSI DAN KENDURI ANAK JOHOR USM



Mari sertai INTERAKSI DAN KENDURI ANAK JOHOR USM pada 3 NOV 2012..pelbagai aktiviti yang akn brlangsung.dan yg paling penting kami menyediakan NASI AMBENG kegemaran semua!!.
Jadi marilah melawat booth kami di foyer DK M untuk mendaftar pada 22(isnin) hingga 24(rabu) oktober 2012..bermula 9 pagi hingga 5 petang..PELAJAR BUKAN DARI JOHOR JUGA DIGALAKKAN!!



MAMPIR YOK!!!

Tuesday, 9 October 2012

Pendaftaran Ahli Baru IKMAR 2012/2013




Anda Johorean?
Bernaung di bawah darul takzim?
Bukan Johorean juga amat dialu2kan untuk sertai kami~~
Kini tiba lah masanya!!
Mari sertai Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM ~~!! 
Datanglah ke booth kami  ^_^

DK FOYER USM
KHAMIS (11/10/12) - JUMAAT (12/10/12)
9PAGI - 4 PETANG


Antara aktiviti menarik :

1. INTERAKSI & KENDURI ANAK JOHOR
2.GERBANG MENARA ILMU BERSAMA PRA - U SMK DATO ONN,BATU PAHAT
3.KURSUS KEPIMPINAN
4.JOHOR FOOD CARNIVAL (JOHOR FC)
5.OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) ENDAU
6.KARNIVAL SUKAN ANAK JOHOR (KSAJ) IPTA
7.FIESTA KEBUDAYAAN ZAPIN IPTA
8.MALAM PENGHARGAAN IKMAR (MAMPIR)
9.EKSPEDISI INDONESIA


"PEWARIS KEGEMILANGAN ANJUNG SELATAN"

Tuesday, 18 September 2012

SELAMAT BERGRADUASI SISWA/I USM



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Salam  sejahtera  dan  salam  perpaduan.
Alhamdulillah, Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia kali ke 46 telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis yang juga Canselor Universiti Sains Malaysia (USM)  dengan menyaksikan penganugerahan kepada lebih 4,000 graduan pada hari Rabu, 19 September 2012, jam 9.00 pagi di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang. 

Saya mewakili Kepimpinan IKMAR sidang 2012/2013, IKMAR  dengan tulus ikhlas mengucapkan SELAMAT BERGRADUASI KEPADA SEMUA SISWA/I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

Disini juga saya selaku Yang Dipertua IKMAR 2012/2013 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mantan Majlis Tertinggi dan Exco-exco dan juga ahli-ahli IKMAR 2011/2012 yang akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia kali ke 46. Antaranya :

1.Mohamad Safiq Bin Suhaimi
2. Nurzehan Binti Amzan
3.Zarith Izani Binti Bahar
4.Nor Shazwani Binti Nazara
5.Siti Hanisah Binti Tugiman
6.Mohd Saifullah Bin Musa
7.Mar Liana Binti Md Dan
8.Muhammad Aszat Bin Asmadi
9.Kamarul Azwie Bin Kusno
10.Nurul ‘Ain Binti Osman
11.Mardziah Binti Khalid

Akhir  kata,  doa  dan  harapan  kepimpinan  IKMAR  sidang  ini  agar  semua  siswa/i akan terus berjaya dalam hidup demi memajukan nusa dan bangsa.


Sekian, terima  kasih.

Muhammad Ariff Jamal
Yang Dipertua
Ikatan Mahasiswa/I Johor
Sidang 2012/2013
Universiti  Sains  Malaysia.


Monday, 10 September 2012

Beranda Limas Anak Johor di Convex '12~~!!!


ConvEx 12 dianjurkan bersempena Konvokesyen USM Ke-46 bagi meraikan kejayaan graduan-graduan USM yang telah berusaha dengan gigih sepanjang pengajian mereka. ConvEx tahun ini bertemakan"Mahasiswa Intelek Sumber Inspirasi" yang menjadikan graduan USM yang berintelektual tinggi sebagai sumber inspirasi . ConvEx 12 telah memilih warna ceria, jingga diselang putih sebagai warna tema sempena sambutan Konvokesyen tahun ini. 

ConvEx 12 juga berazam untuk menerapkan semangat anti-keganasan sepanjang program . Sepanjang seminggu program ini berlangsung, pengunjung bakal dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik. 

Convex 12 telah mengaturkan deretan gerai jualan, pelbagai acara sukan, permainan, aktiviti amal, dan pameran yang bermanfaat. Malam hari juga tidak akan sunyi dengan persembahan yang dibawakan khas untuk pengunjung Convex 12. 
Semua dijemput memeriahkan ekspo kali ini.






JANGAN LUPA HADIR KE GERAI IKATAN MAHASISWA/I JOHOR (IKMAR)!!!


KAMI MENJUAL OTAK-OTAK , PISANG GORENG, POPIA OTAK-OTAK, MEE SIPUT JOHOR, AIR MINUMAN DAN MACAM2 LAGI!!!

Wednesday, 5 September 2012

Legoland Malaysia - Jangan Lepaskan Peluang!!!







Berikut adalah  fakta menarik tentang Legoland Malaysia :



1. Sebuah taman tema yang dibina berdasarkan rangkaian permainan binaan Lego yang terkenal.


2. Merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan pertama di benua Asia.
Terletak di Nusajaya, Iskandar Malaysia

3. Dibangunkan oleh Themed Attractions and Resorts dan Iskandar Investment bernilai RM 720 juta

4. Mempunyai 7 kawasan bertema iaitu The Beginning, Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City dan Lego Technic.

5. Terdapat lebih 3,500 tempat letak kereta disediakan

6. Meliputi kawasan seluas 70 ekar ( 280,000 meter persegi )

7. Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.

8. Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.

9. Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.









Pas masuk tahunan boleh didapati secara online melalui laman web mereka di www.legoland.com.my dengan potongan 30% iaitu RM245 untuk dewasa, RM 180 untuk kanak kanak bawah 11 tahun.

 Manakala harga tiket untuk satu hari ialah RM140 untuk dewasa, RM110 untuk kanak kanak dan warga emas.

DIBUKA 15 SEPTEMBER 2012!!!

Monday, 27 August 2012

Kelab Penyokong UMNO di IPT ? - TNC USM



                Penubuhan Kelab Penyokong UMNO di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan langkah kurang tepat kerana ia akan membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.

               Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Adnan Hussein berkata, ia bukan sahaja akan menjejaskan suasana seimbang di kampus malah, pada masa sama bertentangan dengan perkara asas dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). "Berdasarkan pindaan AUKU, politik kepartian tidak boleh dibawa ke dalam kampus. "Sekiranya kelab itu ditubuhkan, saya yakin lebih banyak perkara negatif akan timbul kerana ia seolah-olah memberi peluang kepada parti-parti politik lain untuk turut sama menjadikan kampus sebagai medan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

'PEWARIS KEGEMILANGAN ANJUNG SELATAN'

Thursday, 16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Lebaran yang dinanti, akan tiba jua,
Salam kami hulur,mohon keampunan,
Semoga kalian berbahgia hendaknya,
Menyambut hari yang mulia,
Selamat Hari Raya Aidilfitri  Maaf Zahir & Batin,
Buat Semua Warga Johor dan Warga Universiti Sains Malaysia


~Ikhlas Dari Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM~

Friday, 10 August 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada Isnin lepas (2 Julai) bertujuan untuk membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup. 


Pihak kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu lagi berita baik kepada golongan pelajar dengan melancarkan Kad Diskaun Pelajar 1 Malaysia (KDPS1M) dengan objektif untuk meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.


SENARAI SYARIKAT

Buku & Alatan Tulis

MPH Bookstores
Imlaq Book Centre
BORDERS
RONA
Kiang Trading
Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian

Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata

Poliklinik An-Nisa'
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry

Makanan Dan Minuman

KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend's Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean's Coffee
Bangi Kopitiam

Hotel dan Penginapan

Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD





Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan



Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad

Produk IT

Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-Lain

BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN







"PEWARIS KEGEMILANGAN ANJUNG SELATAN"


Thursday, 17 May 2012

Fiesta Kebudayaan Zapin Johor (FEKAZ) 2012

FEKAZ ataupun Fiesta Kebudayaan Zapin, merupakan pertandingan zapin antara IPTA yang julung-julung kali diadakan dan dianjurkan oleh IKMAR. Fiesta ini dilangsungkan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia pada malam 28 April yang lalu.

Acara ini dimulai dengan tarian selamat datang, khusus dipersembahkan oleh penari Yayasan Warisan Johor. Tentitif majlis diteruskan lagi dengan ucapan Kamarul Azwie Kusno, Pengarah Projek FEKAZ 2012 dan Profesor Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor USM serta Y.B.  Tuan Haji Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor. Acara telah dimeriahkan dengan selingan aktiviti cabutan bertuah buat tetamu-tetamu yang hadir.

Saturday, 25 February 2012

Program Jalinan Kasih IKMAR

Pada penghujung Semester sidang 2011/2012, IKMAR ( Ikatan Mahasiswa/i Johor) telah menjalankan satu program Bakti Siswa di sebuah kampung di Johor. Kampung yang dipilih iaitu di Kampung Sri Mendapat, Air Hitam, Batu Pahat, Johor. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 20 hingga 23 Januari.

Program jalinan kasih ini secara tidak langsung telah berjaya mempromosikan budaya, makanan dan bahasa Banjar. Orang Jawa dan orang negeri lain juga secara tidak langsung dapat mempelajari bahasa Banjar. Ini memberi pengalaman yang berguna kepada peserta yang mengikuti program jalinan kasih ini.

Thursday, 29 December 2011

Jom Ke Bukit Broga

Pada tarikh 17 dan 18 Disember 2011, iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, Ikatan Mahasiswa/ Mahasiswi USM (IKMAR), telah menganjurkan aktiviti yang dinamakan "Jom Ke Bukit Broga" bertempat di Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Aktiviti yang bertemakan "Release Tension" ini berkonsepkan aktiviti luar sebelum berakhirnya semester 2011/2012.

Wednesday, 14 December 2011

Penasihat Utama IKMAR Menang Anugerah

Detik-detik yang membanggakan buat Prof Madya Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim apabila beliau telah dinobatkan sebagai pemenang utama  kategori individu 18 tahun ke atas sempena Hari Harta Intelek Negara 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau dari Pusat Pengajian Sains Kimia merupakan penasihat utama IKMAR, telah membawa pulang piala, wang tunai sebanyak RM 10,000 beserta dengan sijil penghargaan.

Thursday, 17 November 2011

Rombongan 'sireh pulang ke ganggang'

Cuti pertengahan semester bertambah meriah  dengan  hari raya aidiladha yang bakal berkunjung tiba. Oleh itu, IKMAR telah menyediakan perkhidmatan menjual tiket bas untuk pulang ke Johor pada hari Jumaat, 4 November yang lalu. Pada pukul 8 malam ketika cuaca hujan gerimis , para penumpang yang terdiri dari kalangan pelajar mula berkumpul dan mendaftar nama di padang kawad sebelum bas tiba. Keadaan di sana agak hingar bingar kerana terdapat pelajar dari negeri lain yang turut menunggu bas mereka sampai. Bas dua tingkat ‘Cyberjaya’ mula dipenuhi oleh pelajar pada pukul 8.45 malam dan diketuai oleh Naib Yang di Pertua-2, Siti Nurnabilah binti Khanafi. Kemudian tepat 9.30 malam bas mula bergerak meninggalkan USM.

Saturday, 5 November 2011

Aktiviti IKMAR mendapat liputan oleh Berita Kampus USM

Pada Tarikh 31 Oktober 2011 yang lalu, Aktiviti Kenduri Anak Johor IKMAR USM telah menjadi salah satu artikel di Berita Kampus USM. Artikel yang bertajuk IKMAR perkenal nasi ambang telah menjadi pilihan artikel Berita Kampus pada minggu itu. Terima Kasih di ucapkan kepada wartawan dari pelajar-pelajar Komunikasi tahun 3 yang telah membuat liputan dan menyiarkan berita di dalam Berita Kampus. Ini sekaligus dapat mengenalkan konsep nasi ambang yang bertujuan memperkenalkan salah satu tradisi makanan Johor kepada mahasiswa dan mahasiswi USM.


Wednesday, 2 November 2011

Lawatan Sambil Belajar


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seth telah mengadakan lawatan sambil belajar ke USM, Pulau Pinang pada bulan Oktober yang lalu. Lawatan mereka telah dikendalikan oleh IKMAR dengan dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti yang berkualiti dan bermanfaat.

Monday, 24 October 2011

KENDURI ANAK JOHOR IKMAR USM

Pada tarikh 21 Oktober 2011 yang lalu, IKMAR telah menganjurkan satu aktiviti iaitu kenduri anak Johor, bertempat di Dewan Utama Desasiswa (DUD). Kenduri tersebut dilakukan bagi tujuan mengumpul dan mengeratkan silaturrahim.

Walaupun cuaca tidak begitu baik ketika aktiviti dijalankan tetapi kehadiran mahasiswa dan mahasiswi amat memberangsangkan.Hujan lebat tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk sampai tepat pada waktunya. Aktiviti telah berlangsung dari pukul 6 petang hingga 10.30 malam.

Thursday, 25 August 2011

Selamat Menyambut Merdeka Raya.

Salam. Selamat Sejahtera semua.

Ramadhan bakal melabuhkan tirai barakahnya tidak lama lagi, hanya tinggal beberapa baki hari sahaja lagi sebelum syawal menjelma. Ketibaan bulan syawal adalah sebagai bulan kemenangan bagi umat islam didunia di atas kejayaan di dalam bulan ramadhan iaitu dapat mengawal diri daripada makan dan minum serta nafsu sharakah bermula di awal subuh sehingga terbenam matahari. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH S.W.T atas nikmat kurniaan-Nya.

Tuesday, 9 August 2011

Selamat menyambut bulan ramadhan almubarak.

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kami daripada barisan penggerak IKMAR USM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK" kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Tunaikan kewajipan berpuasa bagi yang mampu berpuasa dan pastikan anda berjaya mencapai ibadah yang sempurna di dalamn bulan penuh barakah ini. Jangan puasa yang yok ok.=)