Blogger Widgets

Thursday 17 May 2012

Fiesta Kebudayaan Zapin Johor (FEKAZ) 2012

FEKAZ ataupun Fiesta Kebudayaan Zapin, merupakan pertandingan zapin antara IPTA yang julung-julung kali diadakan dan dianjurkan oleh IKMAR. Fiesta ini dilangsungkan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia pada malam 28 April yang lalu.

Acara ini dimulai dengan tarian selamat datang, khusus dipersembahkan oleh penari Yayasan Warisan Johor. Tentitif majlis diteruskan lagi dengan ucapan Kamarul Azwie Kusno, Pengarah Projek FEKAZ 2012 dan Profesor Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor USM serta Y.B.  Tuan Haji Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor. Acara telah dimeriahkan dengan selingan aktiviti cabutan bertuah buat tetamu-tetamu yang hadir.



Hadiah tempat ketiga berupa wang tunai RM 300 dan hamper telah dimenangi oleh USIM, tempat kedua iaitu RM 500 dan hamper telah dimenangi oleh UMT, dan pemenang tempat pertama iaitu UiTM Shah Alam menerima piala, wang tunai RM 1000 dan hamper.


'stage view' sebelum acara berlangsung

Tetamu-tetamu yang mula mengisi tempat di dalam dewan.




Hadiah cabutan bertuah


Antara keratan akhbar mengenai FEKAZ 2012

Muafakat itu berkat ;)

0 comments:

Post a Comment