Sunday, 21 October 2012
PROMOSI INTERAKSI DAN KENDURI ANAK JOHOR USM
Mari sertai INTERAKSI DAN KENDURI ANAK JOHOR USM pada 3 NOV 2012..pelbagai aktiviti yang akn brlangsung.dan yg paling penting kami menyediakan NASI AMBENG kegemaran semua!!.
Jadi marilah melawat booth kami di foyer DK M untuk mendaftar pada 22(isnin) hingga 24(rabu) oktober 2012..bermula 9 pagi hingga 5 petang..PELAJAR BUKAN DARI JOHOR JUGA DIGALAKKAN!!
MAMPIR YOK!!!
Tuesday, 9 October 2012
Pendaftaran Ahli Baru IKMAR 2012/2013
Anda Johorean?
Bernaung di bawah darul takzim?
Bukan Johorean juga amat dialu2kan untuk sertai kami~~
Kini tiba lah masanya!!
Mari sertai Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM ~~!!
Datanglah ke booth kami ^_^
DK FOYER USM
KHAMIS (11/10/12) - JUMAAT (12/10/12)
9PAGI - 4 PETANG
Antara aktiviti menarik :
1. INTERAKSI & KENDURI ANAK JOHOR
2.GERBANG MENARA ILMU BERSAMA PRA - U SMK DATO ONN,BATU PAHAT
3.KURSUS KEPIMPINAN
4.JOHOR FOOD CARNIVAL (JOHOR FC)
5.OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) ENDAU
6.KARNIVAL SUKAN ANAK JOHOR (KSAJ) IPTA
7.FIESTA KEBUDAYAAN ZAPIN IPTA
8.MALAM PENGHARGAAN IKMAR (MAMPIR)
9.EKSPEDISI INDONESIA
"PEWARIS KEGEMILANGAN ANJUNG SELATAN"
Tuesday, 18 September 2012
SELAMAT BERGRADUASI SISWA/I USM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam sejahtera dan
salam perpaduan.
Alhamdulillah, Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia kali ke 46 telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis yang juga Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menyaksikan penganugerahan kepada lebih 4,000 graduan pada hari Rabu, 19 September 2012, jam 9.00 pagi di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang.
Saya mewakili Kepimpinan IKMAR sidang 2012/2013, IKMAR dengan tulus ikhlas mengucapkan SELAMAT BERGRADUASI KEPADA SEMUA SISWA/I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
Disini juga saya selaku Yang Dipertua IKMAR 2012/2013 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mantan Majlis Tertinggi dan Exco-exco dan juga ahli-ahli IKMAR 2011/2012 yang akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia kali ke 46. Antaranya :
1.Mohamad
Safiq Bin Suhaimi
2. Nurzehan
Binti Amzan
3.Zarith
Izani Binti Bahar
4.Nor
Shazwani Binti Nazara
5.Siti
Hanisah Binti Tugiman
6.Mohd
Saifullah Bin Musa
7.Mar
Liana Binti Md Dan
8.Muhammad
Aszat Bin Asmadi
9.Kamarul
Azwie Bin Kusno
10.Nurul
‘Ain Binti Osman
11.Mardziah
Binti Khalid
Akhir kata, doa
dan harapan kepimpinan
IKMAR sidang ini
agar semua siswa/i akan terus berjaya dalam hidup demi memajukan nusa dan bangsa.
Sekian, terima kasih.
Muhammad
Ariff Jamal
Yang Dipertua
Ikatan Mahasiswa/I Johor
Sidang 2012/2013
Universiti Sains Malaysia .
Monday, 10 September 2012
Beranda Limas Anak Johor di Convex '12~~!!!
ConvEx 12 dianjurkan bersempena Konvokesyen USM Ke-46 bagi meraikan kejayaan graduan-graduan USM yang telah berusaha dengan gigih sepanjang pengajian mereka. ConvEx tahun ini bertemakan"Mahasiswa Intelek Sumber Inspirasi" yang menjadikan graduan USM yang berintelektual tinggi sebagai sumber inspirasi . ConvEx 12 telah memilih warna ceria, jingga diselang putih sebagai warna tema sempena sambutan Konvokesyen tahun ini.
ConvEx 12 juga berazam untuk menerapkan semangat anti-keganasan sepanjang program . Sepanjang seminggu program ini berlangsung, pengunjung bakal dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik.
Convex 12 telah mengaturkan deretan gerai jualan, pelbagai acara sukan, permainan, aktiviti amal, dan pameran yang bermanfaat. Malam hari juga tidak akan sunyi dengan persembahan yang dibawakan khas untuk pengunjung Convex 12.
Semua dijemput memeriahkan ekspo kali ini.
JANGAN LUPA HADIR KE GERAI IKATAN MAHASISWA/I JOHOR (IKMAR)!!!
KAMI MENJUAL OTAK-OTAK , PISANG GORENG, POPIA OTAK-OTAK, MEE SIPUT JOHOR, AIR MINUMAN DAN MACAM2 LAGI!!!
Wednesday, 5 September 2012
Legoland Malaysia - Jangan Lepaskan Peluang!!!
Berikut adalah fakta menarik tentang Legoland Malaysia :
1. Sebuah taman tema yang dibina berdasarkan rangkaian permainan binaan Lego yang terkenal.
2. Merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan pertama di benua Asia.
Terletak di Nusajaya, Iskandar Malaysia
3. Dibangunkan oleh Themed Attractions and Resorts dan Iskandar Investment bernilai RM 720 juta
4. Mempunyai 7 kawasan bertema iaitu The Beginning, Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City dan Lego Technic.
5. Terdapat lebih 3,500 tempat letak kereta disediakan
6. Meliputi kawasan seluas 70 ekar ( 280,000 meter persegi )
7. Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.
8. Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.
9. Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.
Pas masuk tahunan boleh didapati secara online melalui laman web mereka di www.legoland.com.my dengan potongan 30% iaitu RM245 untuk dewasa, RM 180 untuk kanak kanak bawah 11 tahun.
Manakala harga tiket untuk satu hari ialah RM140 untuk dewasa, RM110 untuk kanak kanak dan warga emas.
DIBUKA 15 SEPTEMBER 2012!!!
DIBUKA 15 SEPTEMBER 2012!!!
Monday, 27 August 2012
Kelab Penyokong UMNO di IPT ? - TNC USM
Penubuhan Kelab Penyokong UMNO di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan langkah kurang tepat kerana ia akan membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.
Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Adnan Hussein berkata, ia bukan sahaja akan menjejaskan suasana seimbang di kampus malah, pada masa sama bertentangan dengan perkara asas dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). "Berdasarkan pindaan AUKU, politik kepartian tidak boleh dibawa ke dalam kampus. "Sekiranya kelab itu ditubuhkan, saya yakin lebih banyak perkara negatif akan timbul kerana ia seolah-olah memberi peluang kepada parti-parti politik lain untuk turut sama menjadikan kampus sebagai medan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
'PEWARIS KEGEMILANGAN ANJUNG SELATAN'
Thursday, 16 August 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Lebaran yang dinanti, akan tiba jua,
Salam kami hulur,mohon keampunan,
Semoga kalian berbahgia hendaknya,
Menyambut hari yang mulia,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin,
Buat Semua Warga Johor dan Warga Universiti Sains Malaysia
~Ikhlas Dari Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM~
Subscribe to:
Posts (Atom)








