Blogger Widgets

Thursday, 17 May 2012

Fiesta Kebudayaan Zapin Johor (FEKAZ) 2012

FEKAZ ataupun Fiesta Kebudayaan Zapin, merupakan pertandingan zapin antara IPTA yang julung-julung kali diadakan dan dianjurkan oleh IKMAR. Fiesta ini dilangsungkan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia pada malam 28 April yang lalu.

Acara ini dimulai dengan tarian selamat datang, khusus dipersembahkan oleh penari Yayasan Warisan Johor. Tentitif majlis diteruskan lagi dengan ucapan Kamarul Azwie Kusno, Pengarah Projek FEKAZ 2012 dan Profesor Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor USM serta Y.B.  Tuan Haji Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor. Acara telah dimeriahkan dengan selingan aktiviti cabutan bertuah buat tetamu-tetamu yang hadir.

Saturday, 25 February 2012

Program Jalinan Kasih IKMAR

Pada penghujung Semester sidang 2011/2012, IKMAR ( Ikatan Mahasiswa/i Johor) telah menjalankan satu program Bakti Siswa di sebuah kampung di Johor. Kampung yang dipilih iaitu di Kampung Sri Mendapat, Air Hitam, Batu Pahat, Johor. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 20 hingga 23 Januari.

Program jalinan kasih ini secara tidak langsung telah berjaya mempromosikan budaya, makanan dan bahasa Banjar. Orang Jawa dan orang negeri lain juga secara tidak langsung dapat mempelajari bahasa Banjar. Ini memberi pengalaman yang berguna kepada peserta yang mengikuti program jalinan kasih ini.

Thursday, 29 December 2011

Jom Ke Bukit Broga

Pada tarikh 17 dan 18 Disember 2011, iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, Ikatan Mahasiswa/ Mahasiswi USM (IKMAR), telah menganjurkan aktiviti yang dinamakan "Jom Ke Bukit Broga" bertempat di Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Aktiviti yang bertemakan "Release Tension" ini berkonsepkan aktiviti luar sebelum berakhirnya semester 2011/2012.

Wednesday, 14 December 2011

Penasihat Utama IKMAR Menang Anugerah

Detik-detik yang membanggakan buat Prof Madya Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim apabila beliau telah dinobatkan sebagai pemenang utama  kategori individu 18 tahun ke atas sempena Hari Harta Intelek Negara 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau dari Pusat Pengajian Sains Kimia merupakan penasihat utama IKMAR, telah membawa pulang piala, wang tunai sebanyak RM 10,000 beserta dengan sijil penghargaan.

Thursday, 17 November 2011

Rombongan 'sireh pulang ke ganggang'

Cuti pertengahan semester bertambah meriah  dengan  hari raya aidiladha yang bakal berkunjung tiba. Oleh itu, IKMAR telah menyediakan perkhidmatan menjual tiket bas untuk pulang ke Johor pada hari Jumaat, 4 November yang lalu. Pada pukul 8 malam ketika cuaca hujan gerimis , para penumpang yang terdiri dari kalangan pelajar mula berkumpul dan mendaftar nama di padang kawad sebelum bas tiba. Keadaan di sana agak hingar bingar kerana terdapat pelajar dari negeri lain yang turut menunggu bas mereka sampai. Bas dua tingkat ‘Cyberjaya’ mula dipenuhi oleh pelajar pada pukul 8.45 malam dan diketuai oleh Naib Yang di Pertua-2, Siti Nurnabilah binti Khanafi. Kemudian tepat 9.30 malam bas mula bergerak meninggalkan USM.

Saturday, 5 November 2011

Aktiviti IKMAR mendapat liputan oleh Berita Kampus USM

Pada Tarikh 31 Oktober 2011 yang lalu, Aktiviti Kenduri Anak Johor IKMAR USM telah menjadi salah satu artikel di Berita Kampus USM. Artikel yang bertajuk IKMAR perkenal nasi ambang telah menjadi pilihan artikel Berita Kampus pada minggu itu. Terima Kasih di ucapkan kepada wartawan dari pelajar-pelajar Komunikasi tahun 3 yang telah membuat liputan dan menyiarkan berita di dalam Berita Kampus. Ini sekaligus dapat mengenalkan konsep nasi ambang yang bertujuan memperkenalkan salah satu tradisi makanan Johor kepada mahasiswa dan mahasiswi USM.


Wednesday, 2 November 2011

Lawatan Sambil Belajar


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seth telah mengadakan lawatan sambil belajar ke USM, Pulau Pinang pada bulan Oktober yang lalu. Lawatan mereka telah dikendalikan oleh IKMAR dengan dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti yang berkualiti dan bermanfaat.