Blogger Widgets

Thursday 29 December 2011

Jom Ke Bukit Broga

Pada tarikh 17 dan 18 Disember 2011, iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, Ikatan Mahasiswa/ Mahasiswi USM (IKMAR), telah menganjurkan aktiviti yang dinamakan "Jom Ke Bukit Broga" bertempat di Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Aktiviti yang bertemakan "Release Tension" ini berkonsepkan aktiviti luar sebelum berakhirnya semester 2011/2012.


Aktiviti luar ini juga dilakukan bagi merapatkan ukhuwah sesama ahli IKMAR dan juga sebagai persediaan ahli untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Aktiviti mendaki Broga ini sebenarnya dapat melatih ahli untuk membina ketahanan diri dan fizikal selain dapat menguatkan minda setiap ahli yang menyertai aktiviti ini. Di samping itu, aktiviti Broga ini dapat dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh setiap ahli yang bakal menempuh peperiksaan akhir semester ini. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan dapat memberi ketenangan serta menyegarkan ingatan mereka.

Aktiviti yang disertai seramai 40 orang ahli IKMAR ini bertolak dari USM, kira-kira pada pukul 11 malam. Perjalanan dengan menaiki bas ini tiba di Bukit Broga kira-kira jam 5.00 pagi. Selepas solat di masjid dan mempersiapkan diri mereka mula mendaki ke Bukit Broga beramai-ramai kira-kira pukul 5.30 pagi dan tiba di puncak bukit pada pukul 7 pagi. Setibanya di atas bukit broga, akiviti bebas dilakukan seperti mengambil gambar. Selepas selesai aktiviti bebas, ahli IKMAR bertolak ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ini adalah bagi merapatkan Ukhuwah sesama ahli anak Johor di UKM dengan ahli IKMAR USM. Setelah selesai beramah mesra serta melawat sekitar UKM, ahli IKMAR bertolak balik ke USM pada pukul 5.00 petang. Ahli IKMAR selamat sampai di USM pada pukul 11malam.


Sekian Wasalam...:))

0 comments:

Post a Comment